Monday, June 28, 2010

BERITA TERBARU

ASSALAMMUALAIKUM W.R.MATULLAH....

1. Pihak kami memohon maaf kerana telah lama tidak update sebarang berita di blogspot ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

2. Pihak kami ingin memaklumkan sekali lagi bahawa tiada sebarang jualan diadakan sejak Disember 2009.

3.Pihak kami ingin memaklomkan bahawa bayaran akan diteruskan mulai bulan Ogos 2010.Pihak kami memerlukan sedikit masa lagi untuk mengemaskini pengurusan dan punca kewangan untuk bayaran balik.

4. No talipon baru untuk dihubungi akan dipaparkan diblogspot pada minggu ini.

5.Pihak kami tetap berusaha untuk proses pembayaran balik kepada semua peserta.

Terima kasih.

Monday, March 1, 2010

PEMBERITAHUAN.

1. PEMBAYARAN PADA MEREKA YANG MASIH BELUM MENERIMA BAYARAN AKAN DITERUSKAN MULAI ESOK-SELASA- 2HB MAC 2010.

2. ADALAH DIMAKLUMKAN PIHAK KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG PENJUALAN SEJAK BEBERAPA BULAN YANG LALU. SEKIRANYA ADA ANTARA ANDA YANG MENERIMA SEBARANG PROMOSI ATAU IKLAN DARI PIHAK TERTENTU ATAS NAMA SYARIKAT KAMI, SILA ABAIKAN. KAMI TIDAK ADA MEMBUAT SEBARANG TAWARAN KEPADA SESIAPA JUGA.

Wednesday, February 10, 2010

PEMBERITAHUAN.

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

1. Sehingga harini sebanyak 53% pembayaran refund telah dibuat.

2. Ada sedikit perubahan jadual atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Tiada pembayaran dibuat pada 11 dan 12hb Februari 2010.

3. Pada mereka yang masih belum menerima refund bayaran akan bersambung semula pada 18 & 19 Februari dan 22 - 25 Februari 2010.

4. Kebanyakan yang terlibat adalah pembelian melalui penaja dan berkumpulan. Untuk memastikan ianya berjalan lancar mulai hari Jumaat (12.Februari 2010),wakil kami atau kakchik sendiri akan menghubungi penaja atau individu yang terlibat untuk mengesahkan jumlah pembelian dan nombor akaun. Bayaran refund dibank in terus ke dalam akaun pembeli bukannya penaja.

5. Sedikit kekeliruan telah berlaku di atas pembayaran refund sebelum ini apabila:
a) penaja menamakan nama mereka sendiri semasa pendaftaran sedangkan tuntutan kepada kami dibuat oleh pembeli bawahan. Apabila disemak nama pembeli tersebut tidak ada di dalam senarai pembeli.
b) Pembelian secara berkumpulan yang diuruskan oleh ketua atau penaja akan dibayar mengikut senarai nama kumpulan bawahan penaja sekaligus. Pihak kami akan menghubungi ketua/penaja untuk memastikan jumlah bayaran refund.
c)Ada penaja yang menyenaraikan nama,alamat dan no k/p yang berlainan tetapi nombor akaun yang sama iaitu no akaun penaja sendiri.

6.Selepas selesai pembayaran anda akan menerima surat pemberitahuan rasmi daripada pihak kami dan salinan resit bank in refund.

7. Pada anda yang sabar menanti bayaran refund,pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih.Hanya ALLAH s.w.t sahaja yang akan membalasnya.

Wednesday, January 20, 2010

PEMBAYARAN REFUND

1. PIHAK KAMI TELAH PUN MEMBUAT SEMAKAN NAMA. PEMBAYARAN SEMULA PEMBELIAN ATAU 'REFUND' AKAN DIBUAT SEPERTI BERIKUT:

i) 20 - 22 hb Januari 2010.

ii) 26 - 29 hb Januari 2010.

iii) 2 - 5 hb Februari 2010.

iv) 9 - 12 hb Februari 2010.


2. TIADA PEMBAYARAN DIBUAT PADA HARI SABTU , AHAD DAN ISNIN.

3. SELEPAS BAYARAN DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN PEMBELI, PIHAK KAMI AKAN MEMBUAT PEMBERITAHUAN MELALUI SMS. PIHAK KAMI JUGA AKAN MENGHANTAR SURAT RASMI SERTA SALINAN BUKTI PEMBAYARAN SETELAH KESELURUHAN PEMBAYARAN SELESAI NANTI.


4. SEKIRANYA ADA ANTARA ANDA YANNG TIDAK MENERIMA BAYARAN SELEPAS TARIKH TERSEBUT, BOLEHLAH MENGUBUNGI PIHAK KAMI UNTUK SEMAKAN DAN PEMBAYARAN.


5. PADA MEREKA YANG MENGHANTAR SMS SERTA MEMBERI CADANGAN,PIHAK KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH. BANYAK YANG MENCADANGKAN AGAR PIHAK KAMI MELETAKKAN NAMA SERTA NO TEL INDIVIDU YANG MENGGANGGU PROSES PERJALANAN REFUND. OLEHITU, KAMI TELAH BERSETUJU DENGAN CADANGAN TERSEBUT. PIHAK KAMI BERHARAP PROSES PEMBAYARAN BERJALAN LANCAR.

Monday, January 11, 2010

SILA BACA SEHINGGA AYAT TERAKHIR.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera............

1. Sewaktu hendak mulakan program ini di internet, kami berniat baik untuk bantu membantu. Pelbagai kajian telah dibuat berdasarkan program kami bersama kawan-kawan yang telah berjalan lancar selama 3 tahun tanpa "expose" di internet. Tanpa fikir perkara yang negatif kami mulakan langkah. Program ini berjalan lancar. Disebabkan program ini adalah E-dagang, pembeli memanglah kami tidak kenal hati budi dan latarbelakang mereka. Rupanya sedang program ini naik, ada juga manusia durjana dan berhasad dengki yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan program ini.

2. Pelbagai halangan telah kami terima.Kami redha dan cuba atasi satu persatu.Pelbagai kecaman dan penghinaan yang kami terima.Kami redha dan terus berusaha mengatasi masalah mendatang satu persatu.Pelbagai tohmahan dan doa buruk dilemparkan. Kami redha dan serahkan kepada ALLAH s.w.t. kerana Beliau yang lebih mengetahuinya.

3. Bila masalah mendatang, barulah kami kenal budi bahasa dan latarbelakang ahli kawan karib. Alhamdulillah,ALLAH itu Maha Kaya.Ada hikmah sebaliknya sebelum kami melangkah lebih jauh.Baru kami kenal siapa kawan dan siapa lawan. Ada antaranya yang begitu bangga hendak mengheret kami ke mahkamah. Kononnya nak sita semua harta kakchik.Kononnya dia dah berjaya dalam kes swisscash atau beberapa program yang lain. Orang mulut celupar macam ni sememangnya tidak pernah berfikir bila bercakap. Kami nak tanya,"Dapat ke modal balik 100%".Orang seperti ini juga biasanya tidak pernah fikir akibatnya.Rugi atau untung.

4. Ada juga antara ahli kawan karib yang dah kenyang dengan ribuan duit bonus tapi masih tidak berpuashati. Buat komplot dan pembentukan kumpulan tersendiri.Dan ada juga antara ahli kawan karib rupanya bersifat "gangster".Lebih malang lagi, ada ahli kawankarib yang mengupah orang datang ke rumah ibu kakchik sehinggalah ibu kakchik terpaksa diletakkan di rumah lain demi keselamatan. Lebih memburukkan lagi bila ada yang menyebarkan cerita bahawa kakchik pinjam along.Lebih menyedihkan bagi pihak kakchik bila ibu kesayangan ,Puan Hajjah Zaliha bt Haji Abdullah meninggal dunia secara mengejut pada 22 Disember 2009. Lebih mengecewakan lagi,semasa jenazah dalam perjalanan pulang, masih ada lagi orang upahan ini bersama-sama orang kampung,kononnya nakkan kepastian.Lebih tidak berhati perut, bila kakchik masih dalam kesedihan,orang upahan ini datang mengganggu di rumah arwah ibu sehingga saudara mara masuk campur. Pihak kami telah pun selesaikan hal ini.

5. Dengan ini,pihak kami telah berbincang dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.Demi menjaga hak ahli-ahli kawankarib yang setia,pihak kami telah mengambil keputusan untuk membuat "refund" kepada semua pembeli yang masih belum menerima bonus dan barang.Pada mereka yang pernah menerima bonus pertama kali,tiada lagi bayaran ke dua.

6. BAYARAN REFUND AKAN BERMULA MULAI 20 JANUARI 2010(RABU).BAYARAN REFUND AKAN DIBANK IN TERUS KE DALAM AKAUN PEMBELI. TIADA BAYARAN DIBUAT KEPADA "PEMUNGUT UPAHAN".SEKIRANYA ADA "PEMUNGUT UPAHAN", PIHAK KAMI TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEMUNGUT UPAHAN DAN JUGA YANG MENGUPAH. INI ADALAH KERANA PEMUNGUT UPAHAN INI DIANGGAP MENGGANGGU KELANCARAN PEMBAYARAN REFUND KELAK. PIHAK KAMI AKAN MEMBUAT PENGUMUMAN DI BLOG INI SETELAH SEMUA REFUND HABIS DIBAYAR. SEKIRANYA ADA ANTARA ANDA YANG MASIH BELUM TERIMA REFUND, ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAKCHIK UNTUK MEMBUAT SEMAKAN.

7. PIHAK KAMI JUGA INGIN MENGINGATKAN KEPADA PIHAK TERTENTU YANG MENJADI DAJAL MEMUNGUT DUIT DAN MEROSAKKAN PRESTASI PROGRAM INI TANPA BERURUSAN DENGAN KAMI MEMULANGKAN SEMULA DUIT YANG ANDA TELAH PUNGUT KEPADA YANG BERHAK.PIHAK KAMI TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN KERANA BEBERAPA ORANG SAKSI TELAH KAMI PEROLEHI.

8.PENTING.

Setelah semua refund habis dibayar. Ada antara ahli kawankarib akan menerima "HADIAH" daripada pihak kami. Hadiah ini adalah ikhlas daripada kami dan tidak ada sesiapa yang lain boleh pertikaikan hal ini.

9.Tahniah kepada mereka yang bersekutu menjahanamkan program ini. Hanya ALLAH swt sahaja yang membalasnya. Alhamdulillah dan syukur serta terima kasih banyak-banyak kepada ahli-ahli kawan karib yang sentiasa memberi sokongan moral kepada kakchik dan kawan-kawan untuk terus bersemangat menyelesaikan masalah-masalah sedia ada. Begitu juga pada ahli-ahli kawankarib yang masih sabar menanti pembayaran bonus. Jasa baik dan prihatin anda tidak akan kami lupakan.Kesabaran anda tetap kami nilaikan dan kami kongsikan.

Terima kasih.

Friday, December 18, 2009

PEMBERITAHUAN.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.......

1. PIHAK KAMI MASIH MENERUSKAN PEMBAYARAN BONUS.

2. TIADA PEMBAYARAN PADA HARI JUMAAT, SABTU, AHAD DAN ISNIN. PEMBAYARAN
AKAN DITERUSKAN PADA HARI SELASA.

3. PIHAK KAMI SEDANG MENGURUSKAN UNTUK PEMBAYARAN REFUND TERKINI.
SEHINGGA INI KAMI MENERIMA SERAMAI 11 ORANG UNTUK REFUND.
PEMBAYARAN REFUND AKAN BERMULA PADA HARI RABU.

4. PADA YANG SETIA MENUNGGU BONUS, KESETIAAN ANDA TIDAK AKAN KAMI
ABAIKAN. PEMBAYARAN BONUS AKAN DITERUSKAN PADA HARI SELASA INI.
PIHAK KAMI AMAT MEMAHAMI RAMAI YANG MEMERLUKAN UNTUK KEGUNAAN
PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK ATAU PENGAJIAN ANDA SENDIRI. PIHAK KAMI
SEDANG USAHAKAN AGAR PEMBAYARAN DAPAT DIPEROLEHI DENGAN KADAR
YANG SEGERA.

5. UNTUK PENGETAHUAN ANDA, PENERIMA BONUS AKAN DIHUBUNGI TERUS
MELALUI SMS.

Friday, December 4, 2009

PEMBAYARAN BONUS.

1. PEMBAYARAN BONUS TELAH DITERUSKAN. PENERIMA AKAN DIHUBUNGI MELALUI
SMS SETELAH CEK DIBANK IN.

2. SEMUA PEMBAYARAN ADALAH MELALUI CEK ATAS NAMA PENERIMA DAN PIHAK
KAMI AKAN BANK IN KE DALAM AKAUN ANDA.

3. TIADA PEMBAYARAN PADA HARI SABTU, AHAD DAN ISNIN.

4. PENGHANTARAN PRODUK AKAN BERMULA PADA HARI SELASA.

5. PADA SESIAPA YANG MENERIMA SURAT DARI PIHAK PEGUAM KAMI, ANDA
DIKEHENDAKI BERURUSAN TERUS DENGAN MEREKA.