Friday, October 16, 2009

PEMBELIAN BERDASARKAN TAWARAN

PIHAK KAMI TELAH MENUTUP PEMBELIAN UNTUK MENDAPATKAN BONUS SMART POOL KEPADA UMUM. PEMBELIAN UNTUK MENDAPATKAN BONUS SELEPAS INI HANYA BERDASARKAN TAWARAN. PIHAK KAMI AKAN MEMBERI TAWARAN KEPADA AHLI-AHLI DAN INDIVIDU TERTENTU SAHAJA.

BERITA TERKINI

1. Pihak kami akan memberitahu maklumat terkini mengenai komuniti kawan karib melalui blog ini kerana ianya lebih mudah untuk dilayari.Tidak perlu log in dan menjadi member untuk mendapatkan maklumat daripada kami.

2.Email terkini digunakan adalah komunitikawankarib@gmail.com. Ianya lebih mudah kerana email @ gmail.com diterima mengikut susunan tarikh manakala email kakchik@komunitikawankarib.com tidak mengikut susunan tarikh. Email yang diterima adalah mengikut abjad penghantar.

3.Dr.Lin yang menguruskan pembayaran bonus baru sahaja menjalani pembedahan dan sedang dirawat. Olehitu, pembayaran bonus akan diteruskan oleh kakchik dan beberapa pembantu yang lain. Kakchik baru sahaja menerima fail pembayaran bonus yang perlu diteliti dan uruskan penjadualan dan susunan pembayaran bonus kepada pembeli.

4. Kakchik akan menggunakan pendekatan cara pembayaran yang pernah kakchik uruskan sebelum ini iaitu dengan bank in terus pembayaran samada melalui cek atau tunai mengikut susunan tarikh dan pool.

5.Tiada pembayaran pada hari sabtu dan ahad.Pihak kami akan memberitahu melalui sms selepas bonus dimasukkan ke dalam akaun anda. Senarai nama penerima bonus akan dimasukkan di blog ini.

6.Kakchik akan mulakan pembayaran bonus mulai hari isnin bertarikh 19 Oktober 2009.Penerima bonus pada hari tersebut akan dihubungi selepas kami menerima bank in slip.

7.Kakchik juga akan membuat semakan kepada penerima cek yang cek masih belum diposkan setelah kakchik mendapat senarai cek tersebut. Cek yang telah siap akan terus dibank in ke dalam akaun penerima. Pihak kami akan menghubungi penerima selepas cek dimasukkan ke dalam akaun anda.

8. Sebarang pertanyaan melalui call atau sms akan dilayan mulai pukul 10.00 pagi hingga 6 .00 petang sahaja.