Monday, January 11, 2010

SILA BACA SEHINGGA AYAT TERAKHIR.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera............

1. Sewaktu hendak mulakan program ini di internet, kami berniat baik untuk bantu membantu. Pelbagai kajian telah dibuat berdasarkan program kami bersama kawan-kawan yang telah berjalan lancar selama 3 tahun tanpa "expose" di internet. Tanpa fikir perkara yang negatif kami mulakan langkah. Program ini berjalan lancar. Disebabkan program ini adalah E-dagang, pembeli memanglah kami tidak kenal hati budi dan latarbelakang mereka. Rupanya sedang program ini naik, ada juga manusia durjana dan berhasad dengki yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan program ini.

2. Pelbagai halangan telah kami terima.Kami redha dan cuba atasi satu persatu.Pelbagai kecaman dan penghinaan yang kami terima.Kami redha dan terus berusaha mengatasi masalah mendatang satu persatu.Pelbagai tohmahan dan doa buruk dilemparkan. Kami redha dan serahkan kepada ALLAH s.w.t. kerana Beliau yang lebih mengetahuinya.

3. Bila masalah mendatang, barulah kami kenal budi bahasa dan latarbelakang ahli kawan karib. Alhamdulillah,ALLAH itu Maha Kaya.Ada hikmah sebaliknya sebelum kami melangkah lebih jauh.Baru kami kenal siapa kawan dan siapa lawan. Ada antaranya yang begitu bangga hendak mengheret kami ke mahkamah. Kononnya nak sita semua harta kakchik.Kononnya dia dah berjaya dalam kes swisscash atau beberapa program yang lain. Orang mulut celupar macam ni sememangnya tidak pernah berfikir bila bercakap. Kami nak tanya,"Dapat ke modal balik 100%".Orang seperti ini juga biasanya tidak pernah fikir akibatnya.Rugi atau untung.

4. Ada juga antara ahli kawan karib yang dah kenyang dengan ribuan duit bonus tapi masih tidak berpuashati. Buat komplot dan pembentukan kumpulan tersendiri.Dan ada juga antara ahli kawan karib rupanya bersifat "gangster".Lebih malang lagi, ada ahli kawankarib yang mengupah orang datang ke rumah ibu kakchik sehinggalah ibu kakchik terpaksa diletakkan di rumah lain demi keselamatan. Lebih memburukkan lagi bila ada yang menyebarkan cerita bahawa kakchik pinjam along.Lebih menyedihkan bagi pihak kakchik bila ibu kesayangan ,Puan Hajjah Zaliha bt Haji Abdullah meninggal dunia secara mengejut pada 22 Disember 2009. Lebih mengecewakan lagi,semasa jenazah dalam perjalanan pulang, masih ada lagi orang upahan ini bersama-sama orang kampung,kononnya nakkan kepastian.Lebih tidak berhati perut, bila kakchik masih dalam kesedihan,orang upahan ini datang mengganggu di rumah arwah ibu sehingga saudara mara masuk campur. Pihak kami telah pun selesaikan hal ini.

5. Dengan ini,pihak kami telah berbincang dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.Demi menjaga hak ahli-ahli kawankarib yang setia,pihak kami telah mengambil keputusan untuk membuat "refund" kepada semua pembeli yang masih belum menerima bonus dan barang.Pada mereka yang pernah menerima bonus pertama kali,tiada lagi bayaran ke dua.

6. BAYARAN REFUND AKAN BERMULA MULAI 20 JANUARI 2010(RABU).BAYARAN REFUND AKAN DIBANK IN TERUS KE DALAM AKAUN PEMBELI. TIADA BAYARAN DIBUAT KEPADA "PEMUNGUT UPAHAN".SEKIRANYA ADA "PEMUNGUT UPAHAN", PIHAK KAMI TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEMUNGUT UPAHAN DAN JUGA YANG MENGUPAH. INI ADALAH KERANA PEMUNGUT UPAHAN INI DIANGGAP MENGGANGGU KELANCARAN PEMBAYARAN REFUND KELAK. PIHAK KAMI AKAN MEMBUAT PENGUMUMAN DI BLOG INI SETELAH SEMUA REFUND HABIS DIBAYAR. SEKIRANYA ADA ANTARA ANDA YANG MASIH BELUM TERIMA REFUND, ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAKCHIK UNTUK MEMBUAT SEMAKAN.

7. PIHAK KAMI JUGA INGIN MENGINGATKAN KEPADA PIHAK TERTENTU YANG MENJADI DAJAL MEMUNGUT DUIT DAN MEROSAKKAN PRESTASI PROGRAM INI TANPA BERURUSAN DENGAN KAMI MEMULANGKAN SEMULA DUIT YANG ANDA TELAH PUNGUT KEPADA YANG BERHAK.PIHAK KAMI TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN KERANA BEBERAPA ORANG SAKSI TELAH KAMI PEROLEHI.

8.PENTING.

Setelah semua refund habis dibayar. Ada antara ahli kawankarib akan menerima "HADIAH" daripada pihak kami. Hadiah ini adalah ikhlas daripada kami dan tidak ada sesiapa yang lain boleh pertikaikan hal ini.

9.Tahniah kepada mereka yang bersekutu menjahanamkan program ini. Hanya ALLAH swt sahaja yang membalasnya. Alhamdulillah dan syukur serta terima kasih banyak-banyak kepada ahli-ahli kawan karib yang sentiasa memberi sokongan moral kepada kakchik dan kawan-kawan untuk terus bersemangat menyelesaikan masalah-masalah sedia ada. Begitu juga pada ahli-ahli kawankarib yang masih sabar menanti pembayaran bonus. Jasa baik dan prihatin anda tidak akan kami lupakan.Kesabaran anda tetap kami nilaikan dan kami kongsikan.

Terima kasih.