Wednesday, February 10, 2010

PEMBERITAHUAN.

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

1. Sehingga harini sebanyak 53% pembayaran refund telah dibuat.

2. Ada sedikit perubahan jadual atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Tiada pembayaran dibuat pada 11 dan 12hb Februari 2010.

3. Pada mereka yang masih belum menerima refund bayaran akan bersambung semula pada 18 & 19 Februari dan 22 - 25 Februari 2010.

4. Kebanyakan yang terlibat adalah pembelian melalui penaja dan berkumpulan. Untuk memastikan ianya berjalan lancar mulai hari Jumaat (12.Februari 2010),wakil kami atau kakchik sendiri akan menghubungi penaja atau individu yang terlibat untuk mengesahkan jumlah pembelian dan nombor akaun. Bayaran refund dibank in terus ke dalam akaun pembeli bukannya penaja.

5. Sedikit kekeliruan telah berlaku di atas pembayaran refund sebelum ini apabila:
a) penaja menamakan nama mereka sendiri semasa pendaftaran sedangkan tuntutan kepada kami dibuat oleh pembeli bawahan. Apabila disemak nama pembeli tersebut tidak ada di dalam senarai pembeli.
b) Pembelian secara berkumpulan yang diuruskan oleh ketua atau penaja akan dibayar mengikut senarai nama kumpulan bawahan penaja sekaligus. Pihak kami akan menghubungi ketua/penaja untuk memastikan jumlah bayaran refund.
c)Ada penaja yang menyenaraikan nama,alamat dan no k/p yang berlainan tetapi nombor akaun yang sama iaitu no akaun penaja sendiri.

6.Selepas selesai pembayaran anda akan menerima surat pemberitahuan rasmi daripada pihak kami dan salinan resit bank in refund.

7. Pada anda yang sabar menanti bayaran refund,pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih.Hanya ALLAH s.w.t sahaja yang akan membalasnya.